exutmskudai
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
exutmskudai

X clas of student Civil Engineering Clas of 2001~2004
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Sepupu Sebelah Ayah Meninggal

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Tuah
Tok Ketua
Tok Ketua



Posts : 63
Join date : 2007-12-06
Location : Di Bumi Allah Yang Esa

Sepupu Sebelah Ayah Meninggal Empty
PostSubject: Sepupu Sebelah Ayah Meninggal   Sepupu Sebelah Ayah Meninggal EmptyMon Sep 08, 2008 3:24 pm

Pada jam 9.00pm 06/09/2008 bersamaan 7 Ramadhan, seorang sepupu dari sebelah ayah aku (anak mak cik aku) meninggal disebabkan kemalangan.

Kisahnya begini...
Selepas berbuka di luar dengan gf dan jugak kawan2 yang lain, almarhum balik ke rumah sebab akan masuk kerja jam 11.00pm. Dalam perjalanan balik disimpang empat trafik light dia di langgar oleh kereta peronda polis.
Kawan2 almarhum maklumkan bahawa kereta peronda polis tu hanya bukak lampu tapi tak bukak siren. Dia diseret sehingga jarak 4 tiang elektrik. Untuk makluman semua, almarhum naik motor RXZ. Polis yang melanggarnya cuba nak lari, tapi ditahan oleh seorang uncle naik kancil. Belakang motor mereka ada lori trailer. Driver trailer tu lah yang bantu almarhum dengan menelefon ambulan.

Aku dimaklumkan kecederaan alharhum sangat teruk. Semua tulang2nya patah. Organ dalaman banyak yang hancur. Termasuk di belakang tengkuknya ada lubang yang dipercayai terkena batu semasa almarhum diseret.

Semasa di ICU, doktor sedaya upaya cuba menyelamatkannya. Doktor masukkan darah sebanyak 10 paket, tapi semuanya keluar semula. Lebih kurang jam 1.30 pagi itu, aku dimaklumkan almarhum telah pergi buat selamanya. Pada aku itu lebih baik buatnya dari dia hidup tapi menanggung seksa akibat dari kesalahan orang lain. Kerana doktor mengesahkan sekiranya dia dapat diselamatkan pun, dia akan lumpuh seluruh badan dan mengalami gangguan fikiran.

Apa yang aku kesalkan ialah almarhum dan keluarganya menanggung akibat dari kesilapan orang lain. Saksi kejadian turut mengesahkan kereta peronda polis tersebut yang salah. Langgar lampu merah, memandu laju, tiada siren, dan cuba untuk melarikan diri.

Semasa abang ipar aku memandikan jenazahnya, kaki dan badan almarhum terkulai kerana terlalu banyak tulang yang patah dan hancur.

Untuk pengetahuan jugak, doktor yang buat autopsi (post mortem) pun tak berani nak usik badannya, hanya kepala sahaja yang dibuat autopsi. Jadi bayangkanlah macam mana keadaan jenazahnya dan betapa seksanya roh almarhum.

Berikut adalah keratan akhbar dari Berita Harian dan jugak Harian Metro. Untuk makluman semua, apa yang dikhabarkan itu sebahagiannya betul dan sebahagiannya tidak terutama di bahagian polis hidupkan siren.


Juruteknik maut dilanggar peronda polis

Sepupu Sebelah Ayah Meninggal 338714-mainpix
NGERI: Orang ramai melihat keadaan motosikal RXZ yang remuk selepas dilanggar MPV polis menyebabkan Adi Saiful (gambar kecil) maut, dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Datuk Haji Kosai � Jalan Pintas Muar, di sini, kelmarin.

MUAR: Seorang juruteknik sebuah kilang mikroelektronik yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berbuka puasa bersama teman wanitanya, maut selepas dilanggar sebuah kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Datuk Haji Kosai-Jalan Pintas Muar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Adi Saiful Ahmad, 21, dari Parit Keroma, di sini, meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kerana kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli, berkata kemalangan itu berlaku ketika MPV yang dinaiki seorang sarjan dan koperal itu dalam perjalanan ke Jalan Bakariah selepas menerima panggilan mengenai kejadian kemalangan membabitkan sebuah trailer sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, MPV itu mengikut prosedur yang ditetapkan dengan memasang lampu khas yang secara automatik membunyikan siren.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhenti dan memberi laluan jika ternampak MPV polis membunyikan siren dan memasang lampu kerana polis terpaksa bergegas ke tempat yang memerlukan bantuan.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Nor Fairuz Mohd Sakeh, 30, kakitangan syarikat insurans, yang mewakili keluarga mangsa, berkata pihaknya akan memfailkan saman terhadap polis kerana berpendapat kematian mangsa berpunca daripada kecuaian pemandu MPV itu.

Katanya, hasil maklumat daripada saksi kejadian mendapati MPV itu tidak membunyikan siren dan hanya menyalakan lampu khas menyebabkan adik iparnya tidak menyedari kehadiran kereta berkenaan.

"Keluarga kami tidak berpuas hati dan mahu kematian adik ipar saya mendapat keadilan supaya tidak berlaku kepada orang lain kerana mengikut maklumat yang kami terima, MPV itu bukan saja tidak berhenti di lampu isyarat, malah hanya memasang lampu tetapi tidak membunyikan siren.

"Selain itu, MPV itu berhenti agak jauh iaitu hanya selepas ditahan sebuah Perodua Kancil, selain tiada langsung kesan brek yang menunjukkan MPV itu mahu berhenti selepas terbabit dalam kemalangan," katanya.

Teman wanitanya, Nor Hafizah Sulaiman, 22, berkata mereka berbuka puasa di sebuah kedai makan di Jalan Salleh, dekat sini, dan selepas menghantarnya pulang ke Tanjung Gading, Allahyarham pulang semula ke rumahnya untuk bersiap memulakan tugasnya yang bermula syif jam 11 malam.

Katanya, biasanya Allahyarham akan menghubunginya melalui SMS memaklumkan sudah sampai ke rumah, namun pada kali ini dia gagal berbuat demikian.

"Akhirnya terjawab apabila saya menerima panggilan telefon kira-kira jam 3 pagi yang memaklumkan dia meninggal dunia dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HPSF.

Sepupu Sebelah Ayah Meninggal 338716-mmame9yo1
Back to top Go down
http://tuahhanani.fotopages.com
zueld




Posts : 171
Join date : 2007-12-17
Age : 45
Location : Seremban

Sepupu Sebelah Ayah Meninggal Empty
PostSubject: Re: Sepupu Sebelah Ayah Meninggal   Sepupu Sebelah Ayah Meninggal EmptyMon Sep 08, 2008 5:24 pm

Al-fatihah...semoga die dicucuri rahmat...Amin

nie kali ke2 dngr pasal kete peronda...bdk sblh umah hubby pun penah kena mcm nie..
tp cuma kena langgar jer...kita tak blh nak back-up diri sndiri...polis2 zaman skng dah melampau..
Back to top Go down
azlenys




Posts : 46
Join date : 2007-12-07
Location : KL & Selangor

Sepupu Sebelah Ayah Meninggal Empty
PostSubject: Re: Sepupu Sebelah Ayah Meninggal   Sepupu Sebelah Ayah Meninggal EmptyTue Sep 09, 2008 9:37 am

Al-fatihah....
Back to top Go down
Sponsored content





Sepupu Sebelah Ayah Meninggal Empty
PostSubject: Re: Sepupu Sebelah Ayah Meninggal   Sepupu Sebelah Ayah Meninggal Empty

Back to top Go down
 
Sepupu Sebelah Ayah Meninggal
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nenek aku meninggal
» Ayah Zueld Sakit - Adik Zueld Accident

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
exutmskudai :: Admin :: Berita Terkini-
Jump to: