Salam pada semua.
Pertamanya aku nak mintak maaf kat zue sebab sampaikan berita ni pada kawan2.
Kalau zue nak marah pun marah la, aku tak kisah.
Yang penting kawan2 kena tau, mudah2an berkat doa kawan2 segalanya akan berubah.
Aku dapat berita ni dari Joe@Zusafly (sebab zue bagi tau kat joe).
Dia tak berani nak war2kan dalam forum kita ni, jadi dia mintak aku yang tolong.
Dari maklumat joe...
Ayah zue kena strok sebelah badan dan sekarang berada di hospital jerantut.
Katanya akan dipindahkan ke KMC di kuantan dalam minggu ni.
Di kabarkan jugak adik lelaki zue aksiden (kena kat mana dan dengan apa, aku tak pasti pulak) dan sekarang di ICU (pun tak sure di hospital mana).
Kalau kawan2 tau sesiapa yang pandai mengurut untuk orang strok, minta tolong bagi contact number pada zue atau dalam forum ni.
Sama2 lah kita doakan semoga ayah dan adik zue segera sembuh.
Amin...
*Berubatlah, karena tiada satu penyakit yang diturunkan Allah, kecuali diturunkan pula ubat penangkalnya, selain dari satu penyakit iaitu ketuaan (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi dari sahabat Nabi Usamah bin Syuraik)*