exutmskudai
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
exutmskudai

X clas of student Civil Engineering Clas of 2001~2004
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Nenek aku meninggal

Go down 
5 posters
AuthorMessage
Tuah
Tok Ketua
Tok Ketua



Posts : 63
Join date : 2007-12-06
Location : Di Bumi Allah Yang Esa

Nenek aku meninggal Empty
PostSubject: Nenek aku meninggal   Nenek aku meninggal EmptySun Apr 20, 2008 10:43 pm

Salam buat kawan2 semua.

Aku nak maklumkan saja... yang nenek aku (mak kepada ayah aku) dah meningal dunia pada 19/04/2008 jam 4.50 pagi di rumah mak cik aku di segamat akibat sakit tua.

Petang Jumaat (18/04/2008) selepas balik dari pejabat, aku dapat berita yang nenek aku dan tenat tak sedarkan diri lagi dah.
Jadi petang tu jugak aku bersiap2 danbertolak ke segamat dalam jam 6.15 petang.
Alhamdulillah selamat tiba di segamat jam 8.15 malam, dan setibanya saja aku terus ke nenek aku.
Dan keadaan dia masa tu macam orang sedang lena tidur, nyenyak sangat.
Aku jumpa dan bercakap2 dengan nenek aku (walaupun dia tak bagi respon, tapi aku tau dia masih mendengar).

Jaga nenek aku dengan mak cik pak cik dan jugak sepupu sepapat aku yang lain.
Dalam jam 3.30 pagi rancang nak masuk tidur sekejap, sebab mata dah tak tahan sangat pedih dan kepala makin berat.
Dalam jam 4.00 pagi semua seolah olah tergesa2 bangun, dan aku pun sama tersedar (aku rasa time tu roh aku lintang pukang lari nak balik ke jasad aku) dan terus meluru ke nenek aku.

Jam 4.00 pagi keadaan nenek aku betul2 nazak. Dengan nafas yang laju dan perut yang berombak2.
Aku pegang kaki nenek aku dah mula sejuk. Masing2 sibuk baca surah Yassin dan ada jugak yang baca surah ar-Rakdu (kalau tak silap ini lah nama surah nya) (surah ini untuk memudahkan perjalanan roh).

Dalam jam 4.30 pagi, keadaan nenek aku dah mula reda.
Aku dan beberapa sepupu aku yang lain pun mula nak baring semula. Time tu aku tak senang hati, jadi aku hanya sandar di dinding saja.
Tak lama lepas tu, mak aku panggil suruh kejutkan semua yang dah baring tu.
Mak aku kata perut nenek dah tak berombak ombak lagi. Dan kaki nenek aku semakin sejuk.

Kami semua berkumpul mengadap nenek dan baca apa yang sepatutnya di baca.
Aku dapat nampak dari dada, roh nenek aku dah tiba di kerongkong, perlahan2 nafas nenek aku makin lemah, makin lemah, makin lemah, dan akhirnya Innalillah wa inna lillahi rojiun...
Jam 4.50 pagi,nenek aku mengadap Yang Maha Esa.
Alhamdulillah, begitu mudah perjalanan nenek aku mengadap Allah.

Mak cik aku memberitahu dan menguruskan apa yang sepatutnya untuk jenazah nenek.
Dalam jam 11.00 pagi nenek dimandikan (aku turut sama memandikan jenazah nenek untuk kali terakhir), dan jugak siap dikapankan.
Ditaburi serbuk kayu cendana, kapur barus, dicelakkan nenek aku, diberikan pewangi.
Aku terlalu sayu dan aku dapat rasakan yang roh nenek makin jauh.
Perancangannya, jenazah nenek akan dikebumikan selepas zohor. Tetapi apabila jenazah nenek sudah disempurnakan awal, maka pengebumian dicepatkan sebelum zohor.

Mudah mudahan nenek ditempatkan disamping orang2 yang beriman.
Amin...
Back to top Go down
http://tuahhanani.fotopages.com
zueld




Posts : 171
Join date : 2007-12-17
Age : 45
Location : Seremban

Nenek aku meninggal Empty
PostSubject: Re: Nenek aku meninggal   Nenek aku meninggal EmptyMon Apr 21, 2008 12:51 pm

Innalillah wa inna lillahi rojiun...setiap yang hidup pasti akan mati...Kerana DIA kita Hidup dimuka bumi nie dan Kepada DIA jugak la kita akan kembali...AL-Fatihah
Back to top Go down
helmi
Penghulu Kawasan
Penghulu Kawasan



Posts : 158
Join date : 2007-12-06

Nenek aku meninggal Empty
PostSubject: Re: Nenek aku meninggal   Nenek aku meninggal EmptyMon Apr 21, 2008 1:17 pm

Innalillah wa inna lillahi rojiun...
semoga rohnya dicucuri rahmah...

Al Fatihah..

Semoga kau tabah menghadapi pemergiannya dengan redha.. Amin..
Back to top Go down
ejan sifu




Posts : 35
Join date : 2008-03-25
Location : pawang nong

Nenek aku meninggal Empty
PostSubject: Re: Nenek aku meninggal   Nenek aku meninggal EmptyMon Apr 21, 2008 1:47 pm

setiap yang hidup pasti mati
kita pn akan mengalami nye nanti
bersabar dan banyak2 kan berdoa
semogo rohnye dicucuri rahmat

Al-fatihah..
Back to top Go down
mfjie

mfjie


Posts : 76
Join date : 2007-12-08
Age : 44
Location : NCER

Nenek aku meninggal Empty
PostSubject: Re: Nenek aku meninggal   Nenek aku meninggal EmptyMon Apr 21, 2008 7:32 pm

mati itu adalah pasti bg setiap manusia...

Takziah buat k.nani & seluruh keluarga. semoga tabah dengan ketentuan Allah SWT. doa kami, semoga rohnya ditempatkan di sisi org2 yg beriman...Amin.
Back to top Go down
Sponsored content





Nenek aku meninggal Empty
PostSubject: Re: Nenek aku meninggal   Nenek aku meninggal Empty

Back to top Go down
 
Nenek aku meninggal
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sepupu Sebelah Ayah Meninggal

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
exutmskudai :: Admin :: Berita Terkini-
Jump to: