exutmskudai
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
exutmskudai

X clas of student Civil Engineering Clas of 2001~2004
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor

Go down 
2 posters
AuthorMessage
amielanasrah

amielanasrah


Posts : 162
Join date : 2007-12-11
Age : 46
Location : johor bahru

Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor Empty
PostSubject: Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor   Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor EmptyTue Sep 09, 2008 12:39 pm

SHAH ALAM 8 Sept. - Kerajaan campuran negeri Selangor diingatkan agar bersikap tegas dengan tidak melayan mana-mana pihak mendesak yang mahukan azan solat di surau dan masjid di negeri itu tidak lagi menggunakan pembesar suara.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) membuat desakan ekoran ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan negeri itu, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

''Bagi UMNO, kita mahukan kerajaan negeri bertegas, jangan mudah mengalah kerana apa yang kelihatan ketika ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) seolah-olah mengalah membiarkan sahaja perkara itu berlaku, manakala Pas pula tidak memainkan peranan.

''Ini sesuatu yang menghina Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi, mempunyai peruntukan menggunakan Kumpulan Wang Disatukan untuk pembangunan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas beberapa laporan mendakwa azan di Masjid Seksyen 5, Kota Damansara yang baru siap dan digunakan menjelang Ramadan lalu, tidak menggunakan pembesar suara dipercayai mempunyai kaitan dengan bantahan penduduk kawasan berkenaan.

Selain itu, katanya, usaha menyediakan petisyen membantah azan seperti itu juga pernah dilakukan sekumpulan penduduk di Puchong sejak Mei lalu.

''Di Puchong dan Kota Damansara, ada pihak mahu azan di kawasan itu dihentikan atas alasan menganggu penduduk.

''Tetapi saya percaya kalau penduduk yang membuat petisyen itu, mesti ada pihak-pihak yang mendorong mereka untuk berbuat demikian.

''Sedangkan kita mengamalkan kebebasan beragama, apabila ada penganut agama tertentu meraikan perayaan mereka sehingga membawa kepada penutupan jalan, orang Islam tidak membantah,'' ujar beliau.
Back to top Go down
din aka Ir. Din

din aka Ir. Din


Posts : 97
Join date : 2007-12-19

Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor Empty
PostSubject: Re: Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor   Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor EmptyFri Sep 12, 2008 3:31 pm

Timbul tanda tanya dalam diri aku. Kenapa nazir masjid kota damansara buat report polis mengatakan berita itu tidak betul. Lepas tu Dr Khir kata biar polis buat kerje dia, polis yang siasat apa yang dr Khir laporkan itu betul ke tak betul, dan takde komen apa-apa lagi. Kenapa tidak pertahankan diri dia bila ramai orang buat laporan polis mengenai laporan Dr Khir.
Back to top Go down
amielanasrah

amielanasrah


Posts : 162
Join date : 2007-12-11
Age : 46
Location : johor bahru

Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor Empty
PostSubject: Re: Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor   Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor EmptySat Sep 13, 2008 1:50 pm

Hmm..entahlah,kalo Nazir masjid tu pun buat report kata apa yg Dr Khir tu x betul, kenapa perlu kuar hal mcm ni dalam Utusan ekk?? Ada la yg dpt duit tepi kot..Aku x dpt nak bygkan kalo benda mcm ni betul2 terjadi kat negeri2 yang lain. Menteri2 yg lain xde amik pot ke pasal hal nie? Kalo x dijaga n dibendung,hilangla Islam di mata mereka nanti....Nauzubillah..
Back to top Go down
Sponsored content





Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor Empty
PostSubject: Re: Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor   Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor Empty

Back to top Go down
 
Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
exutmskudai :: Admin :: Berita Terkini-
Jump to: