Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanyakan pada seorang guru yang sedang mengajar . Ketika itu, guru tersebut sedang membahas mengenai kasih sayang secara am.Dialog diantara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke.??....Emmmm....baiklah, sekarang kamu buat apa yg saya suruh ye..mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yg harus saya buat???
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah sekarang, kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi, walaupun sekali. Dan kamu petiklah yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yg cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya....Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yg cikgu suruh kamu petik???
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput sambil memandang rumput yg berada di situ, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yg cantik tapi cikgu kata petik yg PALING cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun rumput yg PALING cantik. Mungkin ada di antara yg dibelakang saya sebelum itu yg cantik tapi dah cikgu cakap TAK BOLEH MENOLEH KE BELAKANG semula, jadi tiadalah rumput yg saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya,apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yg lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yg berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yg kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan kita cuba teruskan perhubungan tersebut, walaupun banyak perkara yg mengugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yg kita sayang itulah kita jumpa yg paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak di ikutkan banyak lagi yg cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka SAYANGI dan HARGAI orang yg berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
- RENUNG-RENUNGKAN-
